CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 20, 2011

100 Hari ! :)

Assalamualaikum blogger dan kawan kawan yang sudi singgah at blog pra matang nih ! malam nih nak share story best dan menginsaf kan untuk diri sendiri dan untuk kawan kawan yang nak baca ! malam nih mata agak lebam lebam sebap baru lepas nages tgk  cerita yang betol betol menginsaf kan ! * harap harap bukan sekejap je rasa nak insaf nih ! :) kenapa la aku tetbe jadi cam nih ! bukan nak menunjuk atau ape ! cume nak bekongsi dgn ape yang aku tgk tadi ! Ade telefilem best sgt tadi ! Tajuk nye 100 HARI ! dekat siaran RTM tv1 ! wah dah macam promote nih ! ahhahaa :) cerita uh memang best sgt sgt la ! dari pukul 9:00 pm hingga 11:00 pm ! melayan cerita uh memang tak buang masa !
Ok aku bagi la sinopsis nye ea :) kisah nye ade dua orang hamba ALLAH SWT yang dari kehidupan yang sgt berbeza ! seorang dari nya adalah seorang pemandu kepada seorang yang lagi seorang hambanya iaitu majikan kepada hamba yang terdahulu tadi uh ! senang cerita antara pemandu dan majikan ! pemandu nih sgt baek d luar dan dalaman nye ! selalu memasihati majikan nye supaya mengingati ALLAH dan tidak putus melakukan perkara itu setiap hari kepada majikan nye ! Ok uh sinopsi mereka berdua ! berbeza sgt kan ? tapi persamaan antara mereka adalah kematian mereka yang ALLAH telah tetap kan lagi 100 hari mereka menemui ajal yang telah di tetap kan ! 


Banyak sgt pertanda yang berlalu antara mereka sebelum mereka di jemput olah NYA ! tapi berbeza pulak kat situ apabila tanda yang telah diturunkan itu berbeza antara pemandu tadi dan majikan tersebut ! banyak tanda yang dirasai oleh pemadu itu kerana dia selalu bertaqwa dan menyedari bahawa kematian itu tidak mengenal saat yang berdetik ! sebalik nye majikan nye pula tak merasai ape ape pon dalam masa 100 hari uh kerana dia sering lalai dalam apa yang telah dianugerahi oleh ALLAH swt ! 

 Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

ALLAH SWT ! :)
Itu adalah alamat pertama yang ALLAH beri kepada hambanya ! harap harap aku akan merasai sedemikian ! insyaallah ! ok dalam cerita tadi uh ! disambong jugak dgn pelbagai kisah dakwah pemandu uh kepada majikan nye supaya melalukan perkara yang di perintah oleh ALLAH ! dalam cerita uh jugak disambong an lagi dengan alamat yang laen pula :)

 Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Seterusnya semakin banyak pertanda yang dekat mereka berdua lalui tanpa sedar atau tidak ! banyak lagi yang mereka rasai dalam dekat dekat ke 100 hari tu !


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.



 Semakin dekat ajal dua orang hamba nye tadi ! pemandu tadi sering melakuan perintah ALLAH dan memanfaat kan segala nya yang telah di pelajari d dunia ! apa yang telah di beritahu bahawa apabila seseorang tadi uh meninggal sekelip mata putus amalan nya di dunia ! yang tinggal hanya  SEDEKAH , PELJARAN YANG BERGUNA , ANAK SOLEH YANG MENDOA KAN ! berbeze pulak dgn majikan nya kerana majikan itu tidak merasai akan dekat kematiannya dan lebih lebih menjalan kan amalan duniawi yang penuh dengan maksiat ! alamat atau tanda yang makin hampir ialah ...


Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.




 Semakin hampir tanda yang ALLAH turunkan ... pemandu tadi semakin rasa akan kepergiaan nya dan majikan nya sama degan apa yang dia perbuad sebelum ini ! pemandu tadi sering diam dan bingung dalam beberapa hari itu ! tetapi majikannya tidak berbuad demikan kerana tidak merasakan apa apa kelaenan melainkan kelainan yang biasa !


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.



Semakin hampir masa dan waktu mereka berdua akan di jemput dgn tanda yang telah di kurniakan ! biile start je masa uh pemandu uh da betol betol rasa dia akan di jemput ! dia solat bersama isteri dan anak anak nya bersama sama ! dan melaukan banyak ibadat sunat seperti menganji dan solat sunat ! berbeze dgn majikannya apabila dia dan isteri nya singgah di kelab kelab mewah di IBU KOTA ! sepanjang malam ! mabik mabukan dan sebagainya ! hanya itu yang dilakukan oleh nya tidak ade mengingati ALLAH yang esa ! 


Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Tanda akhir yang pemandu itu rasa kan dan majikan nya ! mereka dijempot rohnya oleh ALLAH dgn keadaan masa yang sama tetapi dalam keadaan diri dalaman yang berbeza ! mereka berdua meniggal dalam kemalangan jalan raya semasa emandu tadi hendak mengambil majikannya di KELAB MALAM ! pemandu tadi meninggal dalam keadaan baru menunaikan ibadah ALLAH tetapi majikan nya meninggal dalam keadaan mabok !
Ok masa habis je tgk story uh aku rasa jantung nih berdegup kencang sgt ! dan air mata mengalir macam air terjun da :) tapi alhamdulilah aku dapat pengetahuan dalam tgk story uh dan aku surt internet untuk mendalaminya ! sama sama la kite mengambil pengajran dalam story uh ! ok selamat malam semua ! with love SYARINIE GOMEZ ! :)


sekian !



No comments:

Post a Comment